Koleksi Istimewa tudung Sirung @PEWANISABAH Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah


Abstract

KOTA KINABALU, 27 November 2023 – Yang lama dikelek, yang baharu didukung, searus dengan perkembangan Masyarakat Madani, PEWANI Sabah mengangkat corak etnik budaya Negeri Sabah dalam koleksi istimewa tudung PEWANI Sabah iaitu Sirung @ PEWANISABAH. Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah, Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed bersama ahli PEWANI mengeluarkan koleksi istimewa Sirung @ PEWANISABAH (yang membawa maksud tudung dalam bahasa Kaum Dusun, antara etnik bangsa di Negeri Sabah). Menawarkan (4) empat koleksi corak yang eksklusif bermotifkan Etnik Negeri Sabah. Koleksi eksklusif tudung SIRUNG @PEWANISABAH terdiri dari Avanus, Rumandawi, Olumis dan Butizza yang tolid kelundusan (menyerlahkan keayumu).

Edit Item Record
Edit Item Record