Gaya pakaian unik


Abstract

PERANCANGAN pereka fesyen muda berusia 24 tahun ini selama tiga bulan untuk menyiapkan koleksi kapsulnya ternyata berbaloi.

Hasilnya bukan sekadar unik, malah mempunyai maksud tersirat hingga menawan pandangan barisan juri apabila ia diperagakan di atas pentas peragaan.

Ibarat terbayar segala kepenatan yang diusahakan, Nur Baiti Mohamed diangkat sebagai penerima Anugerah Emas di dalam UiTM Degree Fashion Show-Authenicity 2024 baru-baru ini.

Nur Baiti berkata, koleksi kapsul itu mengangkat inspirasi daripada karya seni fenomenal Fenella Elms dari United Kingdom, khususnya seni ukiran seramik yang menggambarkan gerakan bulu haiwan dengan fokus tertentu bulu biri-biri.

"Saya berasakan ia relevan untuk mengaitkan koleksi ini dengan isu penting mengenai penggunaan kulit haiwan dalam industri fesyen.

"Oleh itu, pendekatan reka bentuk jenama yang saya ambil adalah yang lebih ringkas, elegan dan jelas. Sambil menyampaikan makna yang mendalam. Reka bentuk ini direncanakan dengan tujuan mencapai kesan yang bersih dan menawan sambil mengekalkan keanggunan yang menjadi ciri utama dalam setiap aspeknya," katanya.

Tambahnya, garis dan bentuk yang digunakan tidak hanya mudah dikenali, malah menggambarkan imej eksklusif dan profesional.

"Dalam konteks ini, penting memilih reka bentuk yang dapat menarik perhatian dan memenangi kepercayaan individu yang peka terhadap estetika.

"Dengan itu, penumpuan utama diberikan kepada kesederhanaan yang menonjolkan keunikan dan keanggunan yang memastikan jenama ini berdiri keluar dalam kalangan sasaran utamanya," katanya.

Katanya, setiap baju mengambil masa hampir dua minggu untuk disiapkan kerana mempunyai teknik tertentu yang perlu dilakukan.

"Untuk teknik tekstil pada keempat-empat rekaan, saya menghabiskan tujuh meter kain kanvas dan dibahagikan setiap kepingan sebanyak 180 kepingan kain untuk membuat teknik tekstil sahaja.

"Menggunakan fabrik material yang agak sederhana keras seperti kain kapas linen. Tidak sekadar itu, penggunaan material kain yang mudah dibentuk dan senang digosok juga digunakan supaya boleh menjimatkan masa," katanya.

Katanya, fokus utama diberikan kepada palet warna yang lembut dimulai dari warna putih dan berlanjutan hingga warna kulit.

[thumbnail of 12823.pdf] Text
12823.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (461kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 740 Drawing & decorative arts > 746 Textile arts
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: 26 February 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record