Abstract
Kuala Lumpur: Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menobatkan dua anugerah Olahragawati UiTM 2023 selepas atlet boling negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia menerusi kategori beregu wanita di Gold Coast, Australia pada tahun 2023.
Kejayaan menamatkan kemarau 15 tahun Malaysia dalam acara itu membolehkan mereka diangkat selaku pemenang paling layak. Sementara itu, atlet angkat berat Malaysia, Mohamad Aniq Kasdan dipilih sebagai Olahragawan UiTM 2023.
Aniq, 22, dipilih atas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan untuk kategori 61 kilogram (kg). Rekod itu dicipta ketika Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa yang berlangsung di Doha, Qatar pada Disember tahun lalu. Untuk rekod, Aniq dan Ain Nabilah adalah pemenang Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2022.
Pada Majlis Anugerah Sukan UiTM yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini, ketiga-tiga pemenang membawa pulang sijil, trofi, piala pusingan, piala iringan serta hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose serta Naib Cancelor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin.
Terdahulu Aniq berjaya mengetepikan beberapa calon hebat dari sukan ragbi, kayak, memanah, silat dan hoki sementara Ain Nabila, 26, dan Aleena, 25, mengalahkan calon lain dari sukan muay thai, petanque, karate dan catur.
12801.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (292kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 20 February 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |