Penyelidikan IPT perlu selari keperluan industri


Abstract

SHAH ALAM: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mengenal pasti keperluan industri dan membuat penyelidikan yang boleh menyelesaikan sesuatu isu yang dikehendak industri.

Dengan itu hasil penyelidikan tersebut boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti atau perkhidmatan dalam industri dan akhirnya memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapa Samud berkata, penyelidikan yang menepati keperluan industri adalah penting supaya usaha tersebut tidak berakhir di rak atau perpustakaan semata-mata.

“Bagi saya ini adalah wake up call kepada kita semua terutama kepada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) agar melihat kembali keberkesanan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibuat selama ini.

“Saya secara peribadi fikir kita kena buat intervensi untuk memastikan R&D dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku terhadap rakyat di negara ini. Pensyarah perlu mencari penyelidikan yang dapat membantu menyelesaikan masalah,” kata beliau selepas Majlis Anugerah Sukan UiTM 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam kelmarin.

Terdahulu, akhbar ini mela­porkan pemain industri didakwa lebih berminat memilih hasil penyelidikan negara luar sehingga mengakibatkan banyak kajian IPT tempatan dipandang sepi walaupun berkualiti tinggi.

Malah berdasarkan laporan Harta Perbadanan Intelek (MyIPO) hanya 1,806 produk penyelidikan IPTA didaftarkan atau dipatenkan sejak 2018 sehingga Ogos 2023.

Dalam pada itu, Mustapa bercadang memanggil wakil universiti dan industri untuk bersemuka bagi membincangkan jenis penyelidikan yang diperlukan supaya lebih banyak usaha dapat dilakukan dalam memenuhi keperluan mereka.

[thumbnail of 12798.pdf] Text
12798.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (344kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 607 Education, research & related topics
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 22 February 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record