UiTM catat sejarah antara 100 Universiti Terbaik Asia


Abstract

PETALING JAYA: Buat pertama kali dalam sejarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyertai kedudukan berprestij 100 Universiti Terbaik Asia apabila mencapai kedudukan ke-98 dalam QS Asia University Rankings (AUR) 2024 yang dikeluarkan hari ini.

UiTM naik enam anak tangga daripada kedudukan 104 tahun lepas, meletakkannya di kedudukan ke-98 yang mempamerkan dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi UiTM terhadap kecemerlangan.

Antara 11 petunjuk bagi QS AUR, UiTM menyaksikan peningkatan tertinggi dalam markah bagi Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa, yang merupakan ukuran kekayaan atau kepelbagaian rakan penyelidikan antarabangsa UiTM yang turut mencerminkan usaha universiti ke arah memacu penglibatan global.

Selain itu, UiTM juga menyaksikan peningkatan markah yang ketara bagi Reputasi Majikan, Reputasi Akademik dan Nisbah Pelajar Antarabangsa.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, beliau bersyukur atas pencapaian mengagumkan dan ia merupakan satu sambutan yang baik untuk permulaan perjalanannya di UiTM.

“Pencapaian besar ini sebahagian besarnya adalah hasil usaha bekas Naib Canselor kami, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor yang mana di bawah kepimpinan beliau, UiTM telah berjaya melonjak ke tahap lebih tinggi yang dicerminkan melalui pengiktirafan ranking ini.

[thumbnail of 12788.pdf] Text
12788.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (281kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: YBhg Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 8 November 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record