Langkah berpahala didik masyarakat bertakwa


Abstract

UMUM mengetahui kempen yang dicetuskan oleh seorang artis selebriti mengajak umat Islam untuk solat Subuh berjemaah macam solat Jumaat merupakan saranan yang baik dan merupakan langkah berpahala kerana mendidik masyarakat lebih bersatu padu di samping meningkatkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT. Ini memberikan contoh ikutan baik bagi yang menyeru manusia ke arah kebenaran dan kesabaran dalam melaksanakan ibadah solat berjemaah di masjid walaupun seruan dan saranan baik itu hadir daripada seorang artis yang sudah tentu mempunyai ramai pengikut dalam kalangan anak-anak muda. Hal ini mampu memberi kesan baik terhadap hati nurani anak-anak muda. Seruan dan kempen ini sangat baik dan ianya bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: 'Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-'Asr 103: Ayat 1-3)

Ini mampu menjadikan masjid seluruh negara dihidupkan dengan rasa kasih sayang untuk hidup dalam kehidupan berjemaah dan dapat menanam sikap saling ingat mengingati dalam urusan menjaga hubungan dengan Pencipta. Selain mampu memupuk rasa kasih sayang dalam kalangan jemaah yang hadir, langkah ke masjid merupakan langkah paling mulia kerana kehadiran ke masjid bagi membina kekuatan iman dan seterusnya diberikan ganjaran pahala ketimbang langkah ke tempat yang tidak memberikan manfaat pada jiwa dan roh kesatuan.

[thumbnail of 12764.pdf] Text
12764.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (565kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Harian Metro
Date: 17 January 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record