Abstract
KOTA SAMARAHAN: Seramai 161 peserta dari 17 sekolah menengah dan 12 institusi pengajian tinggi berentap dalam saingan Debat Premier Sarawak 2023 bermula 17 September lalu. Acara julung kali diadakan itu menyaksikan peringkat awal dan separuh akhir kejohanan akan berlangsung sehingga 21 September di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus 2 Samarahan. Manakala pusingan akhir dijangka berlangsung di Kompleks Zon atau Muzium Budaya Borneo pada November depan. UiTM dalam satu kenyataan berkata, kejohanan itu merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, UiTM Cawangan Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak. “Debat Premier 2023 merupakan platform dinamik untuk pelajar mengasah kemahiran berdebat, merangsang pemikiran kritis, memupuk semangat berpasukan, menyuntik bakat serta membina kefahaman terhadap isu semasa.
12709.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (222kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Debat |
Subjects: | 800 Literature |
Campuses: | Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Divisions: | Administrative Office > Communications Department |
Newspaper: | Suara Sarawak |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 19 September 2023 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |
Related URLs: |