Abstract
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan harapannya agar Kesatuan Eropah (EU) dapat memberikan sokongan dalam pertukaran pendidikan yang berkualiti tinggi. Beliau menyatakan keinginannya untuk menjalin program pertukaran khas, terutamanya dalam bidang teknologi, antara EU dan institusi pengajian tinggi di negeri ini. “Saya tahu Sweden dan negara Nordic mempunyai kepakaran dalam mengubah sisa buangan menjadi tenaga…dan kita menggunakan bahan buangan seperti plastik untuk mengukuhkan jalan raya, mempromosikan ekonomi kitaran dan menjaga alam sekitar. “Kejayaan pendekatan ini bergantung pada ekonomi kitaran, yang mengelakkan pembuangan sisa dan sebaliknya menggunakannya sebagai sumber yang berharga untuk pertumbuhan ekonomi,” katanya. Abang Johari berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam sempena sambutan ulang tahun ke-50 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam tadi.
12707.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (322kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | teknologi |
Subjects: | Special Collections > UiTM Campuses > Sarawak |
Campuses: | Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Divisions: | Faculties > Applied Sciences |
Newspaper: | Suara Sarawak |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 16 October 2023 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |