UiTM berperanan penting dalam pembangunan Sarawak


Abstract

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembangunan negeri ini sejak bertapak di Bumi Kenyalang pada 1973, sehingga kini telah melahirkan hampir 35,000 graduan. Malah menurut Pro Canselor UiTM Tan Sri Datuk Seri Utama Arshad Ayub, ada antaranya telah menjadi menteri dalam kabinet kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, selain ramai menjadi kakitangan kerajaan dan swasta serta pemilik-pemilik syarikat. “Ini membuktikan bahawa UiTM merupakan ejen perubahan yang cukup besar kepada Sarawak,” katanya ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UiTM Sarawak Ke-84 di Kampus Samarahan 1 di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaidee Laidin, Ahli Lembaga Pengarah UiTM Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dan Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

[thumbnail of 12671.pdf] Text
12671.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (284kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Sarawak > Kota Samarahan Campus
Newspaper: The Borneo Post
Page Range: pp. 1-3
Date: 12 May 2016
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record