Berusaha raih keberkatan usia


Abstract

Umat manusia seluruh dunia meraikan peralihan tahun dengan pelbagai sambutan besar-besaran sekali gus dilihat saat istimewa yang dinanti-nantikan. Peralihan ke tahun baharu pastinya signifikan kepada semua. Selain titik permulaan kepada perubahan dirancang, ia memberi harapan dan sinar dalam memotivasikan diri ke arah yang lebih baik.

Bagi umat Islam, permulaan tahun baharu ini wajar menjadi permulaan kepada usaha meningkatkan ilmu dan menambah baik amal ibadah. Pada masa sama, muhasabah perlu dilakukan terhadap ruang masa yang berlalu sepanjang tahun lalu, sama ada dihabiskan pada jalan kebaikan dan ketaatan ataupun sebaliknya.

Antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT setelah nikmat iman dan Islam adalah nikmat waktu. Tahun demi tahun sudah pun berlalu dan kesibukan urusan keduniaan banyak melalaikan manusia sehingga tidak menyedari bahawa waktu terus berlalu, usia semakin bertambah dan tempohnya semakin berkurangan. Manusia akan tersedar dia menghabiskan banyak waktu dan umur yang panjang apabila kulit mulai mengendur, gigi mulai tanggal, warna putih mulai kelihatan di rambut dan pelbagai penyakit yang mulai menghinggapi.

Namun, terdapat ramai manusia yang masih lalai dan alpa, meskipun sudah ditimpa pelbagai ujian dan cubaan, penyakit serta derita tidak membuatnya sedar akan tempoh waktu yang semakin singkat. Allah SWT mengingatkan kepada manusia akan kepentingan waktu dalam sebuah surah yang pendek dan ringkas iaitu Surah al-Asr ayat 1-3: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat-menasihati kepada kebenaran serta nasihat-menasihati kepada kesabaran." Walaupun surah ini ringkas, ia mengandungi makna yang sangat mendalam sehinggakan Imam asy-Syafii pernah berkata: "Seandainya setiap manusia merenungi kandungan surah ini maka ia sudah memadai untuk mereka."

[thumbnail of 12668.pdf] Text
12668.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (556kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: 16 January 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record