Tingkat kepakaran polis tumpas sindiket edar dadah antarabangsa


Abstract

Penemuan makmal pemprosesan dadah di kawasan Perindustrian Pasir Puteh, Pasir Gudang dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menunjukkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah semakin menjadi-jadi. Malah, suspek membunuh ibu bapa di Sungai Penchala turut dikesan positif tiga jenis dadah, selain mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah itu.
Realitinya, kegiatan pengedaran dadah ketika ini berpusat di bandar utama seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru, manakala penyeludupan dadah pula di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, membabitkan kemasukan bekalan dadah melalui Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
Corak kemasukan dadah banyak membabitkan jenis sintetik seperti Amphetamine Type Stimulants (ATS) dan Methamphetamine dihasilkan di kawasan Segi Tiga Emas, manakala penyeludupan ganja turut meningkat dengan ketara tiga hingga empat tahun lepas ekoran Thailand meluluskan undang-undang penggunaan ganja sebagai dadah rekreasi.

[thumbnail of 12655.pdf] Text
12655.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (208kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record