UiTM Negeri Sembilan juara Tenpin Boling Piala Naib Canselor


Abstract

KUALA LUMPUR: UiTM Cawangan Negeri Sembilan menggungguli Kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Canselor UiTM 2023 selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi edisi kali ini.
Mereka muncul juara keseluruhan selepas mengutip lima pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa dengan wakilnya, Razif Sazali menjadi antara atlet paling menyerlah apabila membolot semua lima pingat emas dipertandingkan.
UiTM Shah Alam memberi saingan sengit namun terpaksa akur selaku naib juara apabila turut meraih lima pingat emas namun hanya dibezakan dengan jumlah pungutan pingat perak iaitu satu selain dua pingat gangsa.
Tempat ketiga menjadi milik UiTM Cawangan Selangor manakala tempat keempat dimenangi UiTM Cawangan Perak.

[thumbnail of 12651.pdf] Text
12651.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (303kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record