Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya wajibkan dasar gaji progresif - Rafizi


Abstract

KUALA SELANGOR: Kerajaan tidak akan semenang-wenangnya mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, sebaliknya akan mengambil kira kemampuan majikan dan keadaan semasa ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata hal itu disebabkan pelaksanaan dasar berkenaan dibuat secara sukarela serta melibatkan insentif daripada kerajaan.

“Kita tidak boleh nak mewajibkan sewenang-wenangnya, macam perintah gaji minimum kerana perlu ambil kira juga kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi (negara). Majikan terbesar di dalam negara ini sebenarnya ialah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan 97 peratus daripada entiti perniagaan negara.

“Kalau kita wajibkan, (mungkin) ada (majikan) yang akan gulung tikar, ada yang akan hilang pekerjaan, kita perlu seimbang. Sebab itu pendekatannya ialah kita mengambil kira kemampuan majikan dan mesti melibatkan insentif daripada kerajaan serta secara sukarela,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Sesi Townhall bersama Kepimpinan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor di UiTM Puncak Alam di sini malam tadi.

[thumbnail of 12639.pdf] Text
12639.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (187kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 330 Economics > 331 Labor economics
Campuses: Selangor
Newspaper: The Sun
Date: 10 January 2024
Depositing User: Munirah binti Mohamad Izzan (KABS)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record