Abstract
KUALA LUMPUR: Wanita lebih cenderung mengalami tekanan berbanding lelaki, berikutan tugasan rutin di rumah dan di tempat kerja hingga menyebabkan sebahagian mereka menjadikan makan sebagai antara cara mengurangkan tekanan itu.
Golongan itu digelar sebagai 'emotional eaters' di mana dalam keadaan tertekan, mereka akan mengambil makanan dalam jumlah besar, selain pengambilan makanan tidak seimbang seperti snek, manisan tinggi kandungan lemak, gula dan garam.
Pengambilan makanan tidak seimbang seperti kurang serat dan vitamin boleh didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan menyebabkan defisit kepada nutrisi yang penting seperti vitamin dan mineral untuk mengekalkan berat badan ideal.
Pensyarah Kanan Pusat Asasi UiTM, Kampus Dengki, Dr Tengku Norbaya Tengku Azhar, berkata pola pemakanan sebegini dalam jangka panjang dan menjadi tabiat makan yang tidak sihat hingga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
12637.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (458kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 600 Technology > 610 Medicine & health > 613 Personal health & safety |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Applied Sciences |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 15 January 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |