UiTM bantu Nur Atiqah


Abstract

NASIB bekas penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang yang terpaksa berhenti belajar kerana penyakit saraf yang dideritai sejak lebih dua tahun lalu mendapat perhatian Pusat Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Shah Alam.

Penolong Pegawai Bahagian Unit Hal Ehwal Islam Pejabat Rektor UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang, Mohd Miqdad Aswad Ahmad, mewakili UiTM Shah Alam menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Nur Atiqah Mamat, 21, hari ini.

Mohd Miqdad berkata, sumbangan yang disampaikan itu adalah melalui tabung di bawah bantuan sedekah perubatan bertujuan untuk meringankan beban penuntut UiTM yang memerlukan bantuan.

Katanya, beliau mendapat makluman mengenai penderitaan bekas penuntut UiTM itu dari Pusat Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Shah Alam.

[thumbnail of 12635.pdf] Text
12635.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Click to Download (179kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Harian Metro
Date: 27 February 2018
Depositing User: Che Hasnan bin Che Idris (Machang)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record