Hana aktif kongsi video masakan edisi kolej


Abstract

BAGI menampung kos perbelanjaan di kampus, ramai mahasiswa memilih untuk memasak berbanding makan di kedai atau kafe.

Bukan saja menjimatkan, malah makanan yang dimasak juga lebih terjamin dari segi kebersihan bahan yang digunakan.

Tidak dinafikan, pelajar generasi Z ketika ini lebih gemar berkongsi teknik memasak mereka di dalam media sosial.

Lebih menarik, tidak sekadar berkongsi menu yang nampak sedap dan melazatkan, malah bahan-bahan digunakan juga ringkas serta mudah disediakan.

Begitu juga yang dilakukan oleh seorang pelajar yang tinggal kolej kediaman, Nurul Hana Norizan, 22, apabila dia memilih untuk memasak di biliknya setiap hari sejak Oktober 2021.

Menurut anak jati kelahiran Semenyih, Selangor itu, dia pada mulanya memuat naik kandungan mengenai masakan di TikTok sekadar suka-suka, tetapi tidak menyangka video-video tersebut disukai netizen.

[thumbnail of Hana aktif kongsi video masakan edisi kolej.pdf] Text
Hana aktif kongsi video masakan edisi kolej.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (527kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record