‘Sebab arwah pergi ketika senja’


Abstract

TIGA tahun dan setelah lama terperap mungkin dek kesibukan kerja dan masih tercari-cari waktu dan kata paling tepat, anak teater teater terkenal, Norzizi Zulkifli kini hadir dengan sebuah pementasan monodrama berjudul Dan Di Senja Itu.

Berbunyi estetik, ada sebab Dan Di Senja Itu dipilih Norzizi sebagai judul isi cerita. Ungkap Ketua Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM itu, monodrama berkenaan adalah sebuah dedikasi buat bapanya, seorang anak seni prolifik tanah air, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Edit Item Record
Edit Item Record