39 warga UiTM Mukah sertai Program Siswa Dalam Komuniti di Sebauh


Abstract

MUKAH: Seramai 34 pelajar serta lima pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menyertai Program Siswa Dalam Komuniti:‘Kembara D’Bankers Kasih Anak Menua’ bertempat di Rumah (Rh) Lichong Along Sebauh, Bintulu pada 8 hingga 10 Disember lalu.
Menurut UiTM Sarawak Kampus Mukah dalam satu kenyataan, program itu merupakan anjuran bersama Persatuan D’Bankers UiTM Mukah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Belia Sebutin Tubau dan English Language Society UiTM Mukah.

Program ini bertujuan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai adat dan budaya tempatan masyarakat Sarawak.
Selain itu, ia turut menjadi platform representasi mahasiswa universiti bersama komuniti dan menjadi medium pengukuhan nilai kepimpinan, kerjasama, komunikasi dalam diri mahasiswa dengan masyarakat setempat. Antara pengisian program tersebut ialah sesi suai kenal, gotong royong, senamrobik, sukaneka, misi akademik dan juga sesi rewang memasak.

[thumbnail of 12598.pdf] Text
12598.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (3MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: Komuniti
Subjects: Special Collections > UiTM Campuses > Sarawak
Campuses: Sarawak > Mukah Campus
Newspaper: Utusan Borneo
Page Range: pp. 1-2
Date: 14 December 2023
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record