PDT Kuantan tunggu surat UiTM berhubung denda RM14.7 juta


Abstract

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan menunggu surat pemberitahuan (SPT) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung keadah dicadangkan berkaitan didenda RM14.7 juta yang dikenakan terhadap institusi pengajian tinggi (IPT) itu kerana melanggar syarat pemilikan tanah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Aida Munira Abdul Rafar berkata, setakat ini belum ada SPT diterima PDT Kuantan dan pihak terbabit akan menunggu sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, kelulusan dan rayuan bayaran sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

“Kita mencadangkan tahun depan UiTM akan membuat bayaran secara ansuran bermula Januari hingga Disember 2024 termasuk cukai tahun semasa.

“PDT Kuantan bagaimanapun sedia tuntut SPT yang lain cuma tunggu respon UiTM kaedah apa yang dicadangkan. Buat masa ini, tak ada surat dari UiTM,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, projek UiTM Solar Park 1 di Gambang di sini yang dilaksanakan sayap pelaburan UiTM didenda RM14.7 juta kerana melanggar syarat pemilikan tanah.

Daripada projek tersebut, ia turut mencetuskan persoalan berhubung penerbitan sukuk bagi suntikan modal terhadap projek yang dianggarkan hampir RM300 juta sama ada dibuat melalui UiTM Holdings atau UiTM sendiri apabila tanah tersebut didakwa tidak boleh dicagarkan.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin dilaporkan berkata, UiTM mengemukakan kaedah lain kepada penyelesaian denda RM14.7 juta dikenakan PDT Kuantan.

[thumbnail of 12583.pdf] Text
12583.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (343kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: YBhg Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib
Subjects: 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations > 364 Criminology > Islamic Financial Criminology > Financial Criminology > Financial crises
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 22 December 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record