Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil bantu mangsa banjir


Abstract

Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah memulakan misi bantuan pasca banjir di kawasan sekitar Dengkil bermula pada Selasa lepas. Seramai 40 orang staf telah bersama-sama membantu membersihkan rumah staf Pusat Asasi UiTM yang teruk terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sehinga ke hari ini, sebanyak 11 buah rumah telah berjaya dibantu dan dibersihkan dan misi akan diteruskan ke rumah-rumah sekitar Bukit Changgang yang masih dinaiki air.

“Kita akan meneruskan misi bantuan ini ke kawasan sekitar Bukit Changgang selepas air mula surut dan keadaan reda untuk pihak sukarelawan menghulurkan bantuan”, kata Zaidi Yaacob selaku penyelaras misi bantuan.

Pengarah Pusat Asasi UiTM berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua staf yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam misi bantuan tersebut. Beliau juga menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan sukarelawan daripada UiTM Perak yang turut membantu semalam dengan kekuatan seramai 30 orang pelajar dan 15 orang staf.

Edit Item Record
Edit Item Record