UiTM Kelantan lahirkan 50 usahawan Bumiputera


Abstract

MACHANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan melahirkan kira-kira 50 usahawan Bumiputera yang berjaya dalam pelbagai bidang sejak ditubuhkan sehingga sekarang.

Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni UiTM, Dr Syerina Azlin Md Nasir, berkata bidang itu termasuk penternakan kambing, cendawan berasaskan fertigasi dan perusahaan membuat sambal daging.

“Jumlah itu tidak termasuk mereka yang tidak berdaftar dengan UiTM sebaliknya menjalankan perniagaan secara dalam talian atau menjadi ejen mana-mana syarikat pengeluar,” katanya kepada pemberita pada majlis Karnival Akademik dan Keusahawanan di UiTM Machang di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap pelajar yang mengikuti enam fakulti mereka diwajibkan mengambil subjek keusahawanan mengikut minat masing-masing untuk menggalakkan mereka mencebur diri dalam lapangan perniagaan sebaik tamat pengajian sama ada di peringkat diploma atau sarjana muda.

[thumbnail of 12543.pdf] Text
12543.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (182kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Berita Harian
Date: 17 April 2019
Depositing User: Mustazim Bin Mustapa (Machang)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record