Wanita perlu tingkat peranan bantu keluarga hadapi krisis


Abstract

Sejak kebelakangan ini, Malaysia digegarkan dengan krisis kenaikan harga barang mendadak, kemerosotan nilai ringgit dan terkini kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran. Krisis berlaku ini menjadikan kehidupan masyarakat semakin tertekan kerana ketidakcukupan sumber kewangan dalam perbelanjaan harian, terutama kos untuk membeli barang makanan dilihat meningkat secara mendadak.

Laporan daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kenaikan perbelanjaan makanan dan minuman bukan alkohol daripada RM783 pada 2019 kepada RM841 pada 2023.

Kenaikan kos sara hidup, harga barang dan kekurangan bekalan makanan ini sebenarnya turut mempunyai kaitan dengan golongan wanita. Wanita terutama bergelar ibu, menjadi nadi di dalam keluarga memainkan peranan besar dalam memastikan kelangsungan hidup keluarga, terutama anak-anak.

Wanita lazimnya dikaitkan sebagai 'pengurus rumah tangga' yang cekap kerana memiliki keupayaan dan arif untuk mengurus perbelanjaan harian keluarga. Justeru, kebijaksanaan mereka akan membantu mengurangkan beban kewangan dihadapi keluarga ketika berdepan krisis ketika ini.

Isu makan di luar atau di rumah sering dikaitkan dengan komitmen ibu atau wanita. Peningkatan kos makan di luar, termasuk penginapan seperti dilaporkan dalam Kaji Selidik Perbelanjaan Isi Rumah (HES) 2023, iaitu sebanyak RM831 daripada RM631 pada 2019 dikaitkan dengan perubahan hidup masyarakat pasca pandemik COVID-19.

[thumbnail of 12529.pdf] Text
12529.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (423kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record