Kepelbagaian etnik, sentimen kenegerian dominasi PRN Sarawak


Abstract

ESOK Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan membuka gelanggangnya bermula hari penamaan calon hingga hari mengundi, 18 Disember ini. Sejumlah 1,252,014 pengundi akan memilih kerajaan memerintah untuk penggal seterusnya.Sarawak mempunyai jumlah Dewan Undangan Negeri (DUN) paling besar dengan 82 daripada 600 kerusi DUN di seluruh negara. Keputusan PRN 2016 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 72 daripada 82 kerusi dipertandingkan diikuti DAP (7) dan PKR (3).Namun keputusan itu berubah selepas 2018 menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguasai 68 kerusi diikuti enam kerusi oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB); DAP (5) serta masing-masing satu untuk Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Melaka, PRN Sarawak turut menarik perhatian ramai. Walaupun BN tidak bertanding dalam PRN kali ini, auranya tetap ada.Empat parti membentuk GPS, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) adalah komponen sama membentuk BN sebelumnya. Tambahan pula parti terbabit mewakili semua etnik utama di Sarawak.Jadi, secara umum yang menang pada 2016 adalah GPS. Baik BN ataupun GPS, formula kerjasama grand coalition pelbagai etnik masih utuh dan kekal. Struktur ini dijangka ampuh dalam mengekalkan sokongan kaum masing-masing mengikut jalur parti. Pertukaran lambang daripada 'dacing' BN ke GPS dijangka tidak memberi kesan dalam memikat pengundi.

[thumbnail of 12508.pdf] Text
12508.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (196kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Divisions: Faculties > Administrative Science and Policy Studies
Newspaper: Berita Harian
Date: 5 December 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record