Sedihnya menjadi orang akademik


Abstract

MINGGU lalu, seluruh negara memerhati dengan penuh minat ‘perang kecil’ akibat penulisan kritis ‘orang akademik’ muda yang berani di media sosial yang mungkin telah menyinggung seorang tokoh wartawan veteran. Tanpa perlu mengulas panjang tentang apa yang berlaku, secara mudahnya perkara itu berkait dengan kebebasan akademik dan tekanan politik yang sering berlaku dalam persekitaran pengajian tinggi di Malaysia. Cuma yang menyedihkan ia berlaku ketika mana kita sedang rancak beranjak membentuk Malaysia Baharu. Kes yang berlaku minggu lalu bukan sesuatu yang baharu. Barangkali kita masih lagi belum lupa dengan kes empat orang akademik yang terlibat dalam rumusan eksekutif bagi meratifikasikan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Majlis Raja-Raja lunyai dibantai oleh pelbagai pihak gara-gara dikatakan berat sebelah dan tidak jujur sebagai ahli akademik. Malangnya ketika isu itu timbul, tiada satupun pihak yang melihat itu dari sudut kredibiliti dan kebebasan akademik. Malah hanya sedikit perbincangan, dialog atau perdebatan akademik tentangnya dibuat. Selebihnya ia dipolitikkan dan dijadikan medan untuk mencerca dan memperkecilkan usaha mereka walaupun mereka ialah pakar rujuk dalam bidang perundangan.

[thumbnail of 12498.pdf] Text
12498.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (201kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Divisions: Faculties > Administrative Science and Policy Studies
Newspaper: Sinar Harian
Date: 11 July 2019
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record