PH-BN berpeluang cerah pertahan DUN Pelangai


Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas. Mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dari BN; Naib Yang Dipertua PAS Bentong, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli, calon Bebas. Sejumlah 16,456 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggung jawab mereka dua minggu dari sekarang selepas tamat proses penamaan calon dan tempoh kempen pada jam 11.59 malam 6 Oktober ini. Kerusi DUN Pelangai diisytiharkan kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia selepas terbabit nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, bulan lalu. Umumnya PRK penting bukan sahaja dari aspek menang atau kalah sesebuah parti, ia turut memberikan data, pola dan trend membolehkan parti membuat pembacaan serta perancangan masa hadapan.
Ketika PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada 9 September lalu, tumpuan dilihat lebih kepada keupayaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) terutama Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk mempertahankan dua kerusi terbabit selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) memperlihatkan Perikatan Nasional (PN) terus menguasai sokongan pengundi Melayu.

[thumbnail of 12495.pdf] Text
12495.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (505kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record