Bantu bersihkan banjir di rumah pensyarah


Abstract

Dengkil: Prihatin dengan nasib mangsa banjir, 11 sukarelawan YOSH MyFundAction terdiri daripada dua penuntut dan sembilan alumni asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) turun padang menjalankan misi pasca banjir di rumah pensyarah dan kakitangan Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil, di sini.

Misi pasca banjir pada minggu lalu itu diketuai oleh alumni asasi undang-undang UiTM Dengkil, Haziq Fikri Suhaimi.

Matlamatnya adalah membersihkan rumah serta mengedarkan bantuan barangan asas kotak Rezeki Ummat kepada kakitangan dan pensyarah UiTM Dengkil yang terjejas akibat banjir.

Menurut Haziq, tiga rumah terbabit dalam operasi pasca banjir pada hari berkenaan iaitu kediaman pensyarah Matematik Pusat Asasi Saiyidatul Nadiah Idris, Timbalan Pengerusi Pusat Asasi UiTM Dr Ikhwan Naim Md Nawi dan kakitangan Pusat Asasi Wan Hasniah Wan Ahmad.

[thumbnail of 12480.pdf] Text
12480.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (314kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record