'Ayah mahu jual kerbau bantu saya belajar'


Abstract

Shah Alam: Hanya rasa terkilan masih terpahat di hati Nur Zulaikha Bazarudin, 19, kerana tidak dapat pulang ke kampung ketika cuti biarpun mengetahui arwah bapanya berusaha melengkapkan masa depannya.

Pada 26 Disember tahun lalu, Bazarudin Yeop Yahaya, 59, maut ditanduk dan dipijak kerbau peliharaannya yang mahu dijual kerana mahu membantu urusan pengajian Nur Zulaikha.

Ketika kejadian, penuntut jurusan Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga anak kelima daripada enam beradik itu berada di Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil.

Menceritakan semula tragedi itu, Nur Zulaikha berkata, dia tidak pulang ke kampungnya di Kampung Raja Songsang, Temerloh meskipun diberikan cuti lebih seminggu sempena sambutan Krismas dan tahun baru

[thumbnail of 12479.pdf] Text
12479.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (331kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record