Abstract
Keselamatan makanan adalah hak setiap individu untuk memastikan makanan yang diperolehi berkhasiat, selamat dan mudah didapati. Antara sumber makanan yang diperlukan dalam diet seharian manusia adalah sayur-sayuran. Kesibukan warga kota yang terpaksa bekerja dari awal subuh hingga malam mengakibatkan kebanyakan mereka terpaksa memakan makanan yang kurang sihat dan bernutrisi dengan membeli di gerai-gerai makanan. Ini adalah kerana makanan tersebut lebih mudah didapati dan murah.Hasil pemerhatian mendapati harga sayur-sayuran telah meningkat dengan drastik sebanyak 50 peratus sehingga menyebabkan ia menjadi bukan makanan pilihan penduduk miskin bandar. Bagi mereka, cukuplah sekadar memakan makanan yang mengenyangkan ahli keluarga. Kepentingan nutrisi diabaikan sedangkan ianya penting untuk memastikan setiap rakyat hidup sihat untuk menjalankan aktiviti dan fungsi masing-masing.
12463.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (508kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology 600 Technology > 640 Home & family management > 641 Food & drink |
Campuses: | Melaka > Alor Gajah Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Bernama |
Date: | 11 October 2023 |
Depositing User: | Rosila Nordin (Alor Gajah) |
Related URLs: |