Gerak kerja penuntut seni dalam teater dipuji


Abstract

KUALA LUMPUR: Pembabitan pelajar diploma semester tiga jurusan Pengajian Seni Persembahan, Kolej Seni Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tenaga kerja di sebalik tabir pementasan teater muzikal, Pak Pandir Dan Labu Ajaib di Istana Budaya (IB) antara 13 hingga 15 Oktober lalu layak mendapat pujian.

Ini berikutan, biarpun boleh dikatakan masih 'mentah' dalam aspek gerak kerja produksi teater, keseluruhan pelajar dalam lingkungan usia 19 tahun yang berkhidmat pada hari pementasan berjaya memastikan perjalanan teater terbitan JN Studio And Entertainment Sdn Bhd milik Janna Nick itu berjalan lancar.

Pengarahnya yang juga pensyarah di Kolej Seni Kreatif, UiTM, Prof Madya Dr Aminah Raphor meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anak didiknya sepanjang pementasan berlangsung biarpun berdepan cabaran kerana mereka masih memerlukan banyak pendedahan.

"Apa yang paling mencabar bagi pementasan teater muzikal kali ini apabila pengurus pentas di sebalik tabir adalah pelajar diploma semester tiga jurusan Pengajian Seni Persembahan di bawah subjek Teater Kanak-Kanak.

[thumbnail of 12454.pdf] Text
12454.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (446kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts
700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 792 Stage presentations
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 25 October 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record