Jerebu rentas sempadan tuntut kerjasama padu negara serantau


Abstract

ISU berkaitan jerebu saban hari semakin parah yang menyaksikan kebanyakan kawasan terutama di bandar besar di Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Ketika hari berjerebu, kepekatan zarahan (zarah halus) terampai amat tinggi di atmosfera dan jarak penglihatan kurang daripada 10 kilometer.

Di Malaysia kebelakangan ini jerebu bukan lagi isu asing. Ia sudah mula diperkatakan sejak 1990-an malah lebih teruk ia adalah 'jerebu rentas sempadan'. Jerebu rentas sempadan ini berlaku disebabkan kebakaran hutan, pembakaran terbuka atau aktiviti berkaitan tetapi berlaku jauh dari kawasan yang terjejas. Misalnya, dalam konteks hari ini jerebu di Malaysia dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka besar-besaran di negara jiran.

Hal ini membawa kepada pencemaran udara iaitu asap dan partikel yang dilepaskan ketika kebakaran hutan atau pembakaran terbuka. Komposisi jerebu adalah berbeza bergantung kepada sumber dan keadaan persekitarannya, tetapi ia biasanya meliputi partikel kecil yang terampai dalam udara, gas (karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida) wap air dan partikel biologi (bakteria, spora).

Sama ada ia merentas sempadan atau tidak, jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada penduduk di kawasan terjejas. Ini termasuk penyakit pernafasan seperti masalah saluran pernafasan atas dan bawah, serta masalah kesihatan lain seperti alahan dan penyakit kardiovaskular.

[thumbnail of 12450.pdf] Text
12450.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (328kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 500 Science
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Applied Sciences
Newspaper: Berita Harian
Date: 27 October 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record