Abstract
HARI ini ramai daripada kita akan bersantai-santai sempena cuti umum Hari Pekerja. Walaupun sudah acap kali kita menyambutnya, namun masih ramai yang tidak memahami signifikan sambutan Hari Pekerja ini selain daripada pemahaman simplistik dan salah yang mengaitkan Hari Pekerja adalah hari bagi semua yang bergelar pekerja berehat dan bercuti. Tanyalah pada setiap orang yang kita temui, sudah tentu itulah jawapan mereka. Sebenarnya Hari Pekerja bukan sepertimana yang kita semua fikirkan. Ia bukan sekadar cuti umum dalam kalendar cuti sesebuah negara, apatah lagi bagi negara yang mempunyai cuti umum terbanyak di dunia seperti Malaysia. Malah ia sepatutnya digelar Hari Buruh, bukan Hari Pekerja sepertimana kebiasaannya. Kerana sebetulnya Hari Buruh merujuk kepada perkataan ‘Buruh’ atau ‘Labour’ dalam bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan pekerjaan yang menggunakan kudrat dan tenaga manusia secara manual.
12448.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (205kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 302 Social interaction |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 2 May 2019 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |