Usah sangsi tulisan jawi


Abstract

KADANG -kadang pelik juga orang politik di Malaysia ini. Setiap hari ada sahaja kenyataan pelik dan luar biasa ditimbulkan oleh mereka. Minggu lalu barangkali yang paling memeningkan. Dua perkara yang menarik perhatian ramai sudah tentulah berkenaan dengan cadangan seorang Senator untuk mewujudkan akta bagi melindungi lelaki dan reaksi seorang Ahli Parlimen dengan cadangan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Antara dua itu, sudah tentu isu khat dan jawi lebih menarik perhatian semua. Mengapa menarik? Mungkin kerana apabila kerajaan mengumumkan hasrat tersebut, bantahan berlaku dalam kalangan pemimpin kerajaan sendiri. Marahnya mereka dengan cadangan itu sehingga ia disifatkan seumpama menyapu najis lembu ke muka sendiri. Entah apalah masalahnya sampai tergamak mengeluarkan kata-kata yang menghina sedemikian.

[thumbnail of 12440.pdf] Text
12440.pdf
Restricted to Repository staff only

Click to Download (181kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record