Statistik, data berusia 132 tahun boleh diakses melalui Statsdigital


Abstract

SHAH ALAM – Data dan statistik negara yang berusia 132 tahun boleh diperoleh secara salinan penerbitan digital menerusi platform berpusat StatsDigital.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sebanyak 3,181 buah penerbitan data dan statistik yang bermula bermula tahun 1891 boleh diakses di platform tersebut.

Jelas beliau, inisiatif tersebut dicetuskan apabila terdapat penerbitan terdahulu yang hanya mempunyai dokumen secara fizikal.

“Situasi ini dikhuatiri sekiranya penerbitan dan data lampau ini akan hilang dan sukar untuk diakses oleh pengguna luar malahan warga Jabatan Perangkaan (DOSM) sendiri."

“Antara penerbitan yang paling popular di platform berkenaan adalah
Indeks Harga Pengguna Malaysia, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, dan penerbitan bersejarah seperti Laporan Perumahan Negeri Sabah,1980 dan Perangkaan Penting Malaysia Barat 1966,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kiosk Statsdigital di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam hari ini.

[thumbnail of 12408.pdf] Text
12408.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (277kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 650 Management & auxiliary services > 658 General management
Campuses: Shah Alam
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: Kosmo
Date: 27 October 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record