Kempen SIRIM bina kesedaran kepentingan keselamatan


Abstract

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kempen keselamatan SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat penuh SIRIM Berhad memberi impak positif kepada masyarakat khususnya dari segi keprihatinan terhadap standard piawaian produk atau barangan di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Qas International, Nur Fadhilah Muhammad berkata, isu keselamatan merupakan perkara penting bagi memastikan orang ramai dapat melindungi diri mereka daripada risiko menggunakan barangan yang tidak mendapat kelulusan daripada SIRIM.

Tambahnya, kempen yang diadakan dengan kerjasama pelajar tahun akhir program Advokasi Awam (INCspect) Komunikasi Antarapersonal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu meningkatkan kepentingan pengguna terhadap produk atau perkhidmatan diiktiraf SIRIM.

“Slogan ‘ada SIRIM baru beli’ memberi kesan positif kepada masyarakat tentang keselamatan barang atau perkhidmatan berada di pasaran.

“Pengguna sekarang lebih peka terhadap logo SIRIM dan kerjasama semua pihak mampu meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai produk atau perkhidmatan yang diiktiraf oleh syarikat kami,” katanya semasa majlis sumbangan 570 topi keledar kepada pelajar UITM pada Rabu.

[thumbnail of 12360.pdf] Text
12360.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (359kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
600 Technology > 610 Medicine & health > 613 Personal health & safety
Business > Transport
Campuses: Selangor > Dengkil Campus
Newspaper: Sinar Harian
Page Range: p. 17
Date: 22 June 2023
Depositing User: Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record