Abstract
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UiTM) dinobatkan juara keseluruhan Karnival Sukan Masum 2023 Fasa 2 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kontinjen UiTM sukar dicabar apabila berjaya mengumpul 17 pingat emas, 8 perak dan 13 gangsa manakala pencabar terdekat Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat kedua dengan 9 emas, 3 perak dan 5 gangsa.
Kejayaan itu membolehkan UiTM muncul juara berganda selepas mengungguli Fasa 1 di Universiti Islam Malaysia (USIM) selain mengekalkan kejuaraan empat tahun berturut-turut dengan kutipan pingat keseluruhan Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak 36 emas, 27 perak dan 29 gangsa.
Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Profesor Dr Haji Mohd Sazili Shahibi berkata, kejayaan itu hasil usaha dan semangat dipamerkan atlet serta pegawai.
"UiTM berjaya mendominasi beberapa acara sukan di sepanjang kejohanan ini seperti taekwondo, memanah, petanque, basikal MTB, silat dan juga bola baling.
"Pasukan sofbol wanita UiTM juga menyumbangkan pingat emas setelah beberapa tahun acara ini tidak dipertandingkan di Karnival Sukan Masum."
12170.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (268kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 30 August 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |