Abstract
Kuala Lumpur: Sebanyak 70 kertas penyelidikan dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Dasar Awam dan Sains Sosial (ICoPS) 2023 yang berakhir semalam.
Persidangan itu anjuran bersama Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan International Universiti Sarajevo (IUS), Bosnia dan Herzegovina, diadakan secara hibrid, iaitu fizikal di IUS dan secara maya melalui aplikasi Webex.
UiTM dalam kenyataan berkata, bertemakan 'Contemporary Public Administration & Governance', persidangan bertujuan menyediakan platform bagi penyelidik dan sarjana di seluruh dunia untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai bidang.
"Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini dimulakan dengan tiga siri 'Master Class' disertai 150 peserta dari dalam dan luar negara pada 13 September secara maya, yang menampilkan pakar-pakar akademik yang berkongsi ilmu tentang penyelidikan kualitatif, kuantitatif serta penulisan manuskrip untuk penerbitan dalam Jurnal Berimpak Tinggi.
"Seterusnya, sesi pembentangan sebanyak 70 kertas penyelidikan diadakan secara maya menerusi aplikasi Webex dan fizikal di IUS pada 14 September 2023," katanya.
12168.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (306kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 16 September 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |