UiTM catat rekod MBR, gotong royong serentak di 34 kampus


Abstract

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) menerusi Program Gotong-Royong Perdana 'Kita, Kampus dan Alam' yang diadakan serentak di 34 kampus universiti itu di seluruh negara, hari ini.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata menerusinya, UiTM merekodkan penyertaan daripada 35,685 orang yang terdiri pelajar, kakitangan dan orang awam yang mana sasaran awal penyertaan adalah 25,000 orang.

"Saya sangat teruja dengan program ini yang dianjurkan oleh Jabatan Infrastruktur UiTM, Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

"Ini adalah cabaran yang diberikan kepada kami oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose yang mana beliau mahu universiti membawa konsep gotong royong dalam aspek harian dan menceriakan kampus. Alhamdulillah, ini berjaya dilaksanakan.

"Beliau juga ada menyebut bahawa program seperti ini wajar diteruskan dan insya-Allah sebagai Naib Canselor, saya akan memastikan pihak pengurusan terus melaksanakan program ini secara berkala," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM dekat sini, hari ini.

[thumbnail of 12155.pdf] Text
12155.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (352kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record