Abstract
Putrajaya: "Saya rasa terkilan kerana arwah bapa tidak sempat melihat saya menamatkan pengajian namun pengorbananya sebagai anggota penyelamat menjadi motivasi untuk kami sekeluarga mencapai kejayaan di bidang pelajaran," kata Abdul Hariz Abdul Aziz.
Abdul Hariz, 22, adalah waris kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Allahyarham Abd Aziz Usoff yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, 16 Disember lalu, meninggal dunia akibat serangan jantung.
Hariz yang juga penuntut tahun tiga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, lima hari sebelum bapanya meninggal dunia, arwah menziarahinya di rumah sewa bersama ibunya yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah, Siti Mardiah Nayan, 48.
090123 HM Arwah bapa 'wira' keluarga.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (376kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works > 070 News media, journalism & publishing |
Newspaper: | Harian Metro |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 9 January 2023 |
Depositing User: | Muhammad Faizzudin bin Mohd Yusof (Selayang) |
Related URLs: |