UiTM, Jejak Pensolo Resources nyata hasrat tawan Everest sekali lagi


Abstract

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhasrat menawan Gunung Everest sekali lagi bagi menjayakan Misi Pemegang Rekod Pelajar Termuda Malaysia pada tahun hadapan dalam Misi Everest 2024.

Kali ini, universiti terbesar negara itu melalui Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR) bekerjasama dengan Jejak Pensolo Resources bagi menjayakan misi tersebut selepas Surat Niatnya ditandatangani Dekan fakulti, Prof. Madya Dr. Raja Firhad Raja Azidin baru-baru ini.

Raja Firhad dan Pengarah Jejak Pensolo Resources, Mohd. Noor Mat Amin dalam satu kenyataan bersama memaklumkan kejayaan misi itu nanti bakal menjadi inspirasi kepada golongan muda pada masa akan datang.

“Jalinan kerjasama antara dua pihak dalam perkongsian segala maklumat, bahan dan dokumen yang memberi manfaat sepanjang misi Everest 2024 yang dilakukan oleh Pendaki Solo (junior) Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 19, pada tahun depan.

“Kejayaan dalam misi ini membolehkan beliau menjadi inspirasi kepada golongan muda terutama semua pelajar universiti pada masa akan datang,” katanya.

UiTM mencipta rekod pertamanya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 2004 menerusi penyertaan dua mahasiswanya Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin dan Ahmad Reduan Rozali dalam ekspedisi Demi Negara Ke Everest 2004.

Mereka yang merupakan pelajar tahun akhir FSSR dan Fakulti Sains Gunaan ketika itu, menjejakkan kaki di puncak setinggi 8,850 meter itu pada jam 11 pagi 16 Mei 2004. – UTUSAN

[thumbnail of 12108.pdf] Text
12108.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (468kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 1 September 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record