AICD 2019 serlahkan kreativiti dalam berinovasi warga Pusat Asasi, UiTM


Abstract

DENGKIL 28 OGOS – Hasil pemikiran dan daya cipta yang kreatif boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk. Menyedari kepentingan ini, Jawatankuasa Pengurusan Inovasi, Pengkomersialan dan Jaringan Industri Pusat Asasi telah menganjurkan 2nd ASiD Innovation and Creativity Day 2019 (AICD 2019).

Ini merupakan salah satu inisiatif serta peluang bagi warga kampus Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, untuk mempamerkan kreativiti dalam berinovasi. Penganjuran kali ini yang berlangsung pada 26 dan 27 Julai lepas, merupakan kesinambungan kepada AICD 2018 yang telah diadakan dengan jayanya.

Dengan bertemakan “Creative& Innovative Technopreneur”, ia telah berjaya menarik seramai 39 kumpulan penyertaan yang terdiri daripada 18 kumpulan pensyarah dan 21 kumpulan pelajar.

[thumbnail of 12098.pdf] Text
12098.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (362kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record