Abstract
PASUKAN bola sepak UiTM FC dijenamakan semula kini dikenali sebagai UiTM United dan akan beraksi di Liga Amatur Malaysia.
Pengurus UiTM United, Ahmad Tarmizy Mohammed berkata, perubahan itu untuk mendapatkan semangat baharu selepas mengambil keputusan menarik diri daripada Liga Super musim ini.
“UITM United tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi juara pada musim ini tetapi akan berjuang sehabis baik untuk menjadi empat pasukan terbaik.
“Kita akan berusaha untuk mendapatkan tempat di Liga M3 pada musim hadapan,” katanya.
Bagi musim ini, UiTM United yang beraksi di Liga Amatur Malaysia iaitu Liga M4 kekal dengan tradisi mereka dengan menggunakan sepenuhnya 100 peratus pemain dalam kalangan pelajar UiTM.
Presiden UiTM United, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi pula berkata, pengurusan UiTM memberikan sokongan penuh kepada pasukan itu untuk terus kekal mewarnai saingan bola sepak tempatan.
12064.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (128kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Newspaper: | Sinar Harian |
Page Range: | p. 39 |
Date: | 1 June 2023 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |
Related URLs: |