Abstract
Sudah hampir seminggu ke dua, sesi akademik di universiti awam atau swasta yang sama takwimnya bermula. Masih segar dalam ingatan telatah dan ragam terutama bagi pelajar yang memasuki tahun pertama di universiti dan memulakan kehidupan baharu dalam kampus.
Tidak kurang hebat juga, gelagat ibu bapa membuat persiapan lengkap untuk anak-anak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Sudah pasti, ibu bapa sehabis baik menyediakan kelengkapan untuk anak-anak demi keselesaan mereka setiap kali menghadiri sesi pembelajaran. Ungkapan sering kali terpacul yang senantiasa meniti di bibir ibu bapa adalah "jaga diri". Konsep jaga diri ini amat besar ertinya.
Masih juga dalam ingatan, tibanya hari pertama sidang akademik dibuka, para pelajar disambut oleh wajah-wajah pendidik yang berjiwa besar. Para pendidik juga tidak terlepas mempersiapkan diri merencana pembelajaran dan pengajaran agar seiring dengan kemajuan teknologi.
Hal ini bagi memastikan pelajar dibekalkan ilmu sewajarnya untuk mendepani masa akan datang menuju Revolusi Industri 4.0 dan terkini Transformasi Sosial Menuju Revolusi Industri 5.0.
Selain itu, fasiliti kondusif seperti tempat dan bahan mengajar juga ditambah baik supaya sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan tanpa gangguan di samping memberikan jaminan keselamatan.
Dalam hal ini semua pihak terlibat sememangnya menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan matlamat sama iaitu memastikan pelajar cukup bersedia menghadapi fasa pembelajaran dan fasa kehidupan seterusnya.
PB2023002202.png - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (147kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 28 March 2023 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak |