Bertenang hadapi tekanan, usah ikut gaya orang sambut lebaran


Abstract

Aidilfitri semakin dekat. Ketika ini pasti ramai daripada kita sibuk memikirkan pelbagai persiapan menjelang hari mulia itu. Sama ada persiapan pakaian atau perancangan perjalanan menuju ke kampung halaman, semuanya memerlukan perhatian.

Meskipun teruja dengan kedatangan Syawal, ada kala persiapan menyambutnya memberikan tekanan. Apatah lagi bagi sesetengah kita yang sedang diuji dengan kemelut ekonomi. Itu belum ditambah dengan tekanan kehidupan sedia ada, terutama dari segi tanggungan kerja dan keluarga.

Justeru, dalam menghadapi semua ini perkara pertama yang perlu ditanam dalam diri adalah bertenang. Ketenangan membolehkan kita lancar dalam pemikiran dan perbuatan. Pada masa sama, ia membantu memastikan kesihatan mental kita tetap terjaga. Ambil masa dan ruang untuk diri sendiri buat seketika dalam kesibukan menjaga dan menyelesaikan keperluan orang lain. Hal ini boleh dianggap sebagai satu bentuk 'ganjaran' untuk diri, terutama apabila kita sudah berbuat terlalu banyak untuk orang lain.

[thumbnail of PB2023002946.pdf] Text
PB2023002946.pdf

Click to Download (253kB)
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Perak
Perak > Seri Iskandar Campus
Divisions: Faculties > Academy of Language Studies
Newspaper: Berita Harian
Date: 18 April 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Edit Item Record
Edit Item Record