Selesai pertikaian royalti petroleum tanpa rugikan rakyat Terengganu


Abstract

Perjanjian di antara kerajaan Terengganu dengan PETRONAS diadakan pada 22 Mac 1975 berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum, sekali gus memberikan kelebihan kepada Terengganu untuk mendapat 5.0 peratus bayaran royalti setahun.

Pada 1978, Terengganu menerima bayaran royalti petroleum pertama berjumlah RM29 juta sebelum jumlahnya meningkat kepada RM50 juta pada tahun berikutnya. Pada 1980, Terengganu menerima RM83 juta.

Namun, penemuan petroleum pada 1974 menjadikan persaingan politik di antara UMNO dan PAS semakin signifikan. Penemuan hasil bumi itu juga menjadi faktor terpenting bagi setiap parti politik untuk menguasai politik Terengganu.

Hasil petroleum menjadi sumber kewangan utama bagi Terengganu dan bayaran royalti ini konsisten dibayar Pusat kepada kerajaan Terengganu sehingga dihentikan pada 2000.

[thumbnail of PB2023001897.pdf] Text
PB2023001897.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (487kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record