Tanggungjawab Muslim hasil inovasi manfaat ummah


Abstract

Penciptaan alatan teknologi masa kini memberikan banyak kemudahan kepada manusia. Antara tujuan utama sesuatu inovasi itu dihasilkan ialah untuk membantu dan memudahkan manusia melaksanakan apa sahaja tugasan.

Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan, penggunaan teknologi banyak memberi manfaat kepada Muslim sepanjang Ramadan.

Sebagai contoh, penentuan tarikh awal Ramadan dilakukan dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab. Kaedah ini dibantu dengan penggunaan alatan seperti 'theodolite' berfungsi mengukur sudut mendatar dan menegak serta teleskop serta teropong untuk mencerap anak bulan atau hilal.

Terdapat teknologi terkini turut digunakan, iaitu kamera 'Charge Couple Device' dihubungkan dengan teleskop untuk menambahkan kepekaan terhadap pengesanan cahaya hilal.

Begitu juga dengan inovasi teleskop menggunakan gelombang radio untuk mengesan kedudukan hilal dengan lebih tepat dan jitu. Bukan sekadar penentuan tarikh awal Ramadan, pengiraan waktu berbuka dan imsak juga dibantu dengan alatan ini, selain daripada kaedah pengiraan matematik.

Pembangunan aplikasi dalam telefon pintar berkaitan Ramadan turut memudahkan umat Islam beribadah. Aplikasi menyediakan maklumat penting seperti waktu solat memudahkan Muslim mengetahui waktu tepat berbuka dan bersahur.

Terdapat juga aplikasi dibangunkan menawarkan doa, hadis serta tazkirah sebagai peringatan kepada umat Islam. Selain itu, aplikasi al-Quran dalam telefon pintar pula sangat membantu umat Islam membaca al-Quran di mana sahaja berada.

[thumbnail of PB2023003000.pdf] Text
PB2023003000.pdf

Click to Download (288kB)
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Penang
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Berita Harian
Date: 15 April 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Edit Item Record
Edit Item Record