5 panduan kekal istiqamah


Abstract

Syawal diraikan dengan penuh kesyukuran dan kemenangan menelusuri tarbiyah Ramadan selama sebulan diterjemahkan dengan bertakbir memuji Allah SWT, solat sunat Aidilfitri, bersedekah serta saling bermaafan sesama keluarga dan sahabat handai. Madrasah Ramadan meninggalkan kesan yang mendalam kepada Mukmin yang memanfaatkan bulan ini dengan ibadah dan amalan soleh, manakala hasil daripada tarbiyahnya diharapkan mampu membimbing kita mengharungi sebelas bulan akan datang sebelum bertemu kembali Ramadan pada tahun hadapan.

Keghairahan pesta ibadah Ramadan masih berbekas di hati dan mempengaruhi seluruh jiwa raga orang yang beriman dan itulah kesan bagi mereka yang benar-benar rindukan Ramadan yang telah pergi. Momentum amal ibadah ini tidak terhenti begitu sahaja, bahkan bakal diteruskan dengan ibadah berpuasa enam hari di bulan Syawal. Allah SWT menjanjikan ganjaran pahalanya amat besar disisi-Nya. Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia mendapat ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun." (Riwayat Muslim)

[thumbnail of PB2023003081.pdf] Text
PB2023003081.pdf

Click to Download (1MB)
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Harian Metro
Date: 28 April 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record