Tegas tangani pesalah cemar agama, isu sensitif


Abstract

Penyiaran iklan yang mempromosi aktiviti judi dalam talian kepada umat Islam dengan menyalahgunakan hari raya yang tular di media sosial, dianggap melampau. Ia jelas agenda jahat untuk menjatuhkan imej dan maruah Islam, apatah lagi disebarkan ketika Ramadan, sekali gus mencalar kesucian Islam. Iklan mencetuskan kemarahan umat Islam itu dengan sengaja menampilkan kandungan mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena Aidilfitri. Tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa. Bukan hanya kerana ia penghinaan amat dahsyat kepada umat Islam, tetapi juga mengambil kira kegiatan judi yang hukumnya haram di sisi Islam. Sewajarnya pihak terbabit, terutama penerbit, kru produksi dan pelakon boleh diambil tindakan kerana bersubahat mempromosikan judi dalam talian dan ia satu kesalahan. Lebih dikesalkan, sebahagian besar pelakonnya beragama Islam. Mereka yang terbabit dengan penghasilan dan pengedaran kandungan boleh didakwa kerana tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia.

[thumbnail of PB2021135232.pdf] Text
PB2021135232.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (174kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 340 Law
Newspaper: Berita Harian
Date: 21 April 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record