Abstract
Pada 2030, hampir separuh populasi di dunia dijangka berdepan krisis air bersih di mana permintaan terhadap air bersih bakal melonjak 40 peratus lebih tinggi berbanding penawaran air yang sedia ada.
Isu ketidakcapaian perkhidmatan air yang wujud di sesebuah negara adalah antara indikator berlakunya kemiskinan tegar di negara itu. Kekurangan sumber air mampu memberi kesan negatif terhadap pembangunan negara dan kehidupan asas penduduk. Ia juga menjadi faktor utama yang menghalang pembangunan masyarakat.
Oleh itu, kebanyakan negara di dunia menjadikan isu air sebagai agenda utama kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.
Malaysia adalah sebuah negara yang secara relatifnya kaya sumber air dengan purata hujan tahunan kira-kira 2,400mm. Malangnya, beberapa negeri dan daerah di Malaysia mengalami krisis air yang sangat serius dek pencemaran, ketidakcekapan pengurusan air, rasuah dan fenomena pemanasan global.
PB2021128717.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (519kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences |
Campuses: | Pahang Pahang > Raub Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 19 April 2021 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |