Kekal sihat di bulan puasa


Abstract

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA sedia maklum, berpuasa bukan sahaja satu amalan yang dituntut oleh agama, namun ia juga banyak memberi manfaat dari segi kesihatan. Pada bulan yang mulia ini, rancanglah pemakanan seharian. Buat catatan tentang makanan apa yang akan dimakan ketika berbuka atau bersahur. Memang ramai yang tidak sempat memasak untuk berbuka lantaran kesibukan di tempat kerja. Jadi, tidak salah membeli makanan di bazar Ramadan namun amalkan kesederhanaan ketika membeli. Tidak perlu juga menukar rutin amalan pemakanan seharian. Perubahan mendadak kepada rutin pemakanan seharian boleh mengakibatkan masalah penghadaman seperti sembelit dan gastrik.
Pelbagai petua mengenai amalan pemakanan ketika berpuasa telah dikongsi dalam laman media sosial. Kebanyakannya menyarankan supaya memilih makanan yang seimbang dan bernutrien ketika berbuka atau bersahur.

[thumbnail of PB2021128636.pdf] Text
PB2021128636.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (624kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
600 Technology
600 Technology > 610 Medicine & health
Campuses: Johor
Johor > Segamat Campus
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 3 May 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record