Jalani ujian saringan sebelum dibenar rentas negeri


Abstract

ISU rentas negeri acap kali menjadi bualan hangat 'netizen' di Malaysia. Ada yang berpuas hati dan ada juga segelintir yang membantah. Umum mengetahui keadaan pandemik ini yang masih samar penghujungnya. Malah, petugas barisan hadapan masih bertungkus-lumus berusaha untuk membendung wabak ini daripada terus menular. Keadaan ini memaksa kerajaan mengadakan sekatan rentas negeri bagi menangani pertambahan kes COVID-19. Terdapat banyak kes membabitkan individu yang merentas negeri dan menyebabkan kewujudan kluster baharu di kawasan terbabit. Bagaimanapun, ada dalam kalangan rakyat yang benar-benar ingin pulang ke kampung kerana sudah lama tidak bertemu ayah, ibu dan keluarga. Alasan ini sering kali ditolak kerana kebenaran pulang ke kampung hanya diberikan atas sebab kecemasan. Ada antara mereka tidak berjumpa keluarga sejak kali pertama pandemik melanda negara, iaitu pada awal 2020.

[thumbnail of PB2021120639.pdf] Text
PB2021120639.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (127kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology
600 Technology > 610 Medicine & health
Campuses: Johor
Johor > Pasir Gudang Campus
Divisions: Faculties > Academy of Language Studies
Newspaper: Berita Harian
Date: 11 May 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record